18 November 2012
Banyak kritikan terhadap Utusan Malaysia
kerana akhbar itu memainkan isu-isu untuk memecah belahkan rakyat. Utusan
merupakan akhbar untuk UMNO kerana akhbar itu kepunyaan UMNO. Utusan itu
merupakan ‘kuda pelejang’ untuk UMNO dan apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO itu
adalah kerja baik dari sudut pandangan Utusan. Utusan sudah hilang
kredibiltinya yang tidak mungkin dapat dipulihkan lagi.
Tetapi kalau kita pandang dari
sudut yang lain ada caranya untuk menganggap Utusan itu akhbar yang mampu untuk
memberikan kita berita dan rencana yang baik untuk kita. TETAPI untuk
melakukannya ia bersyarat.
Syaratnya hanya satu: iaitu kita
mesti ada formula untuk melakukannya. Seperti matematik formula adalah penting
untuk mendapat jawapan yang tepat. Formulanya ialah, kita mesti membacanya
dengan terbalik. Membaca dengan terbalik adalah jalan terbaik untuk mendapat
kebenaran dari Utusan.
Maksud saya jika Utusan
mengatakan yang mereka akan dapat merampas Selangor, P Pinang, Kedah dan
Kelantan
maka yang benarnya ialah ia tidak mungkin tercapai. Jika Utusan kata
Himpunan Kebangkitan rakyat di Senawang dan Kota Bharu itu tidak
berjaya ia bermakna
himpunan itu telah berjaya.
Utusan pernah berkata yang BN
akan mendapat 140 kerusi parlimen dalam pilihanraya nanti, ia bermakna 140
kerusi itu akan di dapati oleh Pakatan Rakyat. Kita juga telah melihat Utusan
sentiasa mengatakan yang negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat tidak
berkemampuan tetapi yang sebenarnya negeri-negeri inilah yang telah menunjukkan
prestasi yang baik dan diakui oleh Ketua Audit Negara.
Utusan mengatakan yang PR tidak
berkepimpinan maka yang sebenarnya BN lah yang tiada kepimpinan sehinggakan
ahli-ahli UMNO sendiri tertanya-tanya siapa yang akan menjadi MB Selangor jika
BN memenangi Selangor. Begitu juga di NS tidak ada siapa yang mampu untuk
menggantikan Mohamad Hasan jika BN masih berkuasa dan mendapat mandat sedangkan
Mohamad Hasan wajib di ganti. Bagaimana Utusan boleh mengatakan UMNO itu sarat
dengan kepimpinan. Utusan tidak sedar yang kepimpinan UMNO sudah mula susut
sejak Mahathir mengambilalih kepimpinan negara.
Saya menulis isu ini kerana masih
ramai yang terpedaya dengan dakyah Utusan yang tidak bertanggungjawab itu.
Utusan sekarang sudah hilang matlamat dan tujuan asal penubuhannya. Matlamat
Utusan ialah untuk memenjarakan pemikiran rakyat terutamanya orang Melayu.
Utusan tidak mampu menyedari yang rakyat boleh menilai mana yang baik dan mana
yang buruk. Utusan masih dengan sifat dan ‘attribute’ lamanya iaitu mengeliru
dan menyesatkan pemikiran ramai untuk mengekalkan kuasa.
Saya juga menulis tentang isu ini
kerana kita boleh agak apa yang akan dilakukan oleh Utusan dalam pilihanraya
nanti. Saya juga pernah menulis tentang TV3 kerana TV3 juga mempunyai
‘attribute’ yang sama seperti Utusan. Itulah sebabnya saluran TV itu sudah mula
turun ‘rating’nya dan ia tidak mustahil menghadapi pengalaman yang sama
seperti yang dialami oleh Utusan.
Satu lagi formula apabila hendak
membaca Utusan itu, dengan membaca ‘auzubillah’ 33 kali sebelum membuka dan
membaca akhbar itu.. Jangan lupa apabila membacanya, mesti membacanya dengan
terbalik.
No comments:
Post a Comment