18 Nov 20
Salmiyah Harun
KOTA BHARU: Seorang
bekas polis yang bertugas dengan Cawangan Khas (SB) selama 25 tahun,
Abdullah Omar memohon maaf atas segala dosa yang beliau lakukan terhadap
PAS sepanjang bertugas sebagai polis.
"Dosa
apa yang saya tak buat terhadap PAS sepanjang lima pilihan raya yang
lepas...saya tidak mahu sebut di sini, biar saya dan Allah sahaja yang
tahu.
"Tetapi
maafkanlah saya, saya sudah bertaubat," katanya yang tampil sebagai
perwakilan Taiping yang menyokong usul Pilihan Raya yang dibawa PAS
Pusat.
Abdullah
juga merupakan bekas OCPD Taiping pernah bertugas sebagai SB selama 25
tahun berterima kasih kepada PAS kerana sanggup menerima beliau yang
pernah berdosa dengan PAS dan rakyat.
"Saya
berbesar hati hari ini diangkat untuk berucap di Muktamar walau pun baru
dua tahun bersama PAS, paling terharu PAS boleh terima orang yang
berdosa seperti saya," katanya.
Cabar Majlis Fatwa
Pada
masa sama beliau yang juga bekas OCPD itu turut mencabar Majlis Fatwa
mengeluarkan fatwa tentang gaji yang diperoleh oleh mana-mana calon yang
menang pilihan raya melalui penipuan pilihan raya.
"Saya
nak cabar Majlis Fatwa dan Mufti, kalau menipu dalam pilihan raya
kemudian menang. Jadi Perdana Menteri, jadi menteri-menteri, bagaimana
dengan gaji mereka.
"Saya tanya tuan-tuan gaji yang mereka dapat halal atau haram?" soal Abdullah terus dijawab para perwakil 'haram'.
"Kalau haram, kenapa Majlis Fatwa tidak keluarkan Fatwa?"
"Ya gaji
yang mereka dapat tidak halal, jawablah di akhirat esok," soalnya balik
ketika berucap menyokong usul pilihan raya oleh PAS Pusat.
Tambahnya, daripada banyak-banyak pilihan raya negara diadakan Malaysialah yang paling teruk.
Ditambah
pula katanya, pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing seperti
Thailand, Bangladesh, Myanmar dan paling malang mereka ini didaftarkan
sebagai pengundi.
Beliau juga membayangkan jika pilihan raya negara ini dijalankan dengan bersih sudah lama Umno BN terkubur.
"Kalau bersih! sudah tentu kita sapu bersih Umno BN. Kita sudah lama jadi pemerintah," tegasnya diiringi takbir para perwakilan.
No comments:
Post a Comment