Monday, November 19, 2012

Maut terjatuh dari tingkat 20

sinarharian
19 November 2012
Maut terjatuh dari tingkat 20
Mayat Fok Saw dihantar ke HSA untuk dibedah siasat.
JOHOR BAHRU – Seorang peniaga ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 20 di sebuah menara di Jalan Abdullah Tahir di sini, kira-kira jam 10 pagi, semalam.

Mangsa, Kan Fok Saw, 59, yang berasal dari Taman Universiti itu dipercayai mengalami gangguan emosi ditemui mati oleh orang awam di belakang bangunan berkenaan yang kemudinnya melaporkannya kepada anggota polis di Pondok Bit Polis Jalan Abdullah Tahir.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten  Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, siasatan awal mendapati mangsa jatuh dari tingkat 20 menara terbabit berdasarkan penemuan cermin mata di kaki lima tingkat  itu.

Menurutnya, namun tiada sebarang nota ditemui dan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kini sedang dijalankan namun setakat ini tiada unsur jenayah dilaporkan.

“Maklumat yang diterima daripada anak mangsa memaklumkan mangsa keluar dari rumah mereka kira-kira jam 9.30 pagi tanpa memberitahu destinasi ingin  ditujunya.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah  (HSA) untuk bedah siasat dan sehingga kini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Zainuddin berkata, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian terutama dengan melihat rakaman daripada cctv menara itu.

“Selain itu, polis meminta kerjasama orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment