Monday, November 19, 2012

Ketua Pemuda Umno Perlis melepas semua jawatan bukan sebab merajuk

sinarharian
19 November 2012
KANGAR - "Saya tidak pernah merajuk dalam perjuangan, malahan perkara itu langsung tidak pernah timbul dalam kepala (fikiran) saya perkara itu," demikian kata Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusof. 

Katanya, sebagaimana yang Sinar Harian lapor Sabtu, beliau langsung tidak terfikir hendak merajuk dengan Pemuda Umno, sebaliknya terus mengatakan beliau terlalu penat.
"Saya penat, sama yang saya katakan sebelum ini, penat, penat.... Macam kereta jugalah, bila dalam perjalanan yang panjang, enjin akan panas, pemandu perlu berhenti seketika untuk sejukkan enjin dan isi minyak sebelum terus sampai ke destinasi," katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Mohsin yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Padang Besar melepaskan semua jawatan yang disandangnya dalam Umno pada Khamis lalu, kemudiannya menarik semula dua hari kemudian.
Penarikan balik peletakan jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Perlis adalah berkuatkuasa serta-merta.

“Setelah berbincang dengan Ketua Pemuda Umno Malaysia, saya dengan ini menarik balik hasrat peletakan jawatan serta merta demi perjuangan Umno dan BN. Hidup Umno’,” katanya ringkas di laman sosial Facebooknya, kelmarin.
Beliau hanya melepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno sahaja, namun masih lagi ahli Umno.

Mengulas mengenai penarikan balik peletakan jawatannya, Mohsin berkata, Pemuda Umno Perlis kini diberi nafas baru dan akan mendapat sokongan penuh Pemuda Umno Malaysia.
"Ini adalah kebangkitan semula Pemuda Umno Perlis dan memastikan kemenangan Barisan Nasional kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

"Sokongan semua pihak baik Negeri dan Pusat amatlah kami hargai dalam meneruskan perjuangan," kata bekas pendidik yang mengambil cuti tanpa gaji sebelum berundur terus daripada perkhidmatan kerajaan bagi beri sepenuh tumpuan terhadap kerjaya politik itu.

No comments:

Post a Comment