19 November 2012
TUMPAT - Seorang peniaga kedai makan masih trauma dengan kejadian
seorang lelaki cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya sendiri
ketika peniaga itu sedang bersiap untuk memulakan perniagaannya di
Kampung Ana, di sini pagi semalam.
Peniaga tersebut, Zaleha Awang Hamat, 50, berkata, ketika kejadian, seorang lelaki secara tiba-tiba meluru masuk ke dalam kedainya melalui pintu belakang dan menjerit meminta pisau.
Menurutnya, lelaki tersebut kemudiannya mencapai sebilah pisau yang berada di atas meja lalu bertindak mengelar lehernya sendiri.
“Saya tidak dapat berbuat apa-apa apabila lelaki itu terus mencapai pisau di atas meja yang saya gunakan untuk memotong sayur.
“Saya yang dalam ketakutan khuatir diapa-apakan oleh lelaki itu melarikan diri dan bersembunyi di belakang kedai berdekatan dengan rumah abang saya,” katanya.
Menurutnya, lelaki berkenaan turut keluar dari kedai sambil memegang pisau lalu dikelar lehernya sendiri sehingga darah memancut keluar memenuhi lantai simen di hadapan kedainya itu.
“Walaupun lehernya berdarah, lelaki tersebut masih ada kekuatan melarikan diri apabila cuba menunggang motosikal pelanggan saya yang singgah untuk membeli rokok tetapi cubaannya itu gagal,” katanya.
Lelaki itu yang memakai seluar pendek dan baju t-shirt berwarna biru terus meninggalkan kedai tersebut dengan berjalan kaki sejauh hampir satu kilometer menuju ke Kampung Padang Mandol.
Keadaannya yang berlumuran darah itu yang berjalan tanpa arah tujuan mengemparkan penduduk kampung.
Bagaimanapun dia berjaya ditahan pihak polis di Kampung Padang Mandol apabila cuba memasuki rumah seorang penduduk.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintandan Sharipudin Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.
Katanya, lelaki tersebut berusia lewat 20-an dipercayai kurang siuman berjaya ditangkap di Padang Mandol selepas mengelar lehernya sendiri dengan sebilah pisau di Kedai Mee Liza, di Kampung Ana.
“Berdasarkan akuan mulut, lelaki itu mengaku berasal dari Sungai Tong, Terengganu, sekarang ini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan mangsa akan dirujuk kepada pakar psikiatri ,” katanya.

No comments:
Post a Comment