Harakahdaily
Khairil Abdul Rahim, | 19 Nov 2012 |
TEMERLOH: Kumpulan Hijau Anti Lynas yang berjalan kaki
sejauh 300 kilometer dari Kuantan untuk ke Dataran Merdeka dan parlimen,
tengah hari semalam sampai ke Lanchang iaitu setengah perjalanan.
Rombongan
disertai 200 orang itu memulakan perjalanan pagi Selasa dari Padang
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1, sebelum berhenti dan bermalam di
beberapa lokasi iaitu Gambang, Sri Jaya, Maran dan Mentakab.
(Gambar: Sebahagian peserta jalan kaki anti Lynas berjalan kaki dari Mentakab ke Lanchang.)
Perjalanan tersebut dianjurkan oleh beberapa buah pertubuhan (NGO)
anti Lynas berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan 8 November lalu
yang menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara
(TOL) sekali gus memutuskan kilang tersebut dibenarkan beroperasi di
Gebeng.
Menurut pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tuck, yang mengetuai kempen
berjalan kaki itu berharap, kempen akan berlangsung selama 10 ke 13
hari dengan sasaran jarak perjalanan ditetapkan sekitar 30 kilometer
sehari untuk sampai ke Dataran Merdeka pada 25 November ini.
“Kami mendapat sokongan padu sepanjang perjalanan setakat ini
termasuk disediakan makan minum, penginapan dan penyokong setempat yang
sanggup memberi sokongan moral berjalan sama. Setiap malam dianjurkan
ceramah dan forum anti Lynas.
“Pagi esok kami akan meneruskan berjalan kaki ke Karak dan lusa ke
Bentong hinggalah sampai ke Dataran Merdeka dan bangunan parlimen untuk
menyampaikan bantahan,” katanya.
Turut menyertai kempen jalan kaki itu ialah NGO anti Rapid Pengerang,
anti Sinida Raub, 12 orang Pribumi Sarawak yang membantah projek
Hidroelektrik di negeri itu, ahli jawatankuasa Pemandu BERSIH dan wakil
dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang
No comments:
Post a Comment