
Malaysiakini
NGO
berkaitan PKR, JINGGA 13 mendesak menteri pengangkutan dan ketua
pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjawab dakwaan tindakan
kontraktor AES menggunakan kenderaan berwarna dan berlogo JPJ dalam
tempoh seminggu dari sekarang.
Setiausaha Agung Jingga 13, DK Vicky berkata, rakyat mahu tahu siapakah yang telah membenarkannya sepertimana dakwaan dalam laporan polis yang dibuat oleh dua ahli Parlimen PAS semalam.
Laporan tersebut dibuat oleh Ahli Parlimen PAS - Datuk Mahfuz Omar yang juga pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) dan Mohd Firdaus Jaafar - di Balai Polis Dang Wangi semalam.
Mereka mendakwa kontraktor AES menggunakan kenderaan dengan warna dan logo JPJ dan mendakwa melanggar Seksyen 170 dan
Seksyen 171 Kanun Keseksaan, iaitu menyamar sebagai penjawat awam dan memakai pakaian atau membawa tanda yang digunakan pejawat awam dengan niat menipu.
Menurut
Vicky, dakwaan tersebut tidak boleh dipandang ringan dan mendesak pihak
polis mengambil tindakan tegas dan segera terhadap mereka yang
terbabit.Sehubungan itu, katanya, JINGGA 13 mendesak menteri pengangkutan dan ketua pengarah JPJ menjawab dakwaaan tersebut dan sama ada pihak menteri atau JPJ membenarkan syarikat kontraktor berkenaan bertindak demikian
No comments:
Post a Comment