21 November, 2012
Enam lelaki yang didakwa
sebagai 'perisik Israel' telah dibunuh dan mayatnya diheret melalui
jalan-jalan bandar Gaza oleh sekumpulan lelaki ketika pengumuman Israel
yang memberikan amaran kepada rakyat Palestin untuk mengosongkan
beberapa wilayah kerana mereka akan melakukan serangan darat.
Menurut seorang
saksi, enam perisik tersebut ditahan dan dibawa ke sebuah persimpangan
jalan di utara bandar dimana mereka kemudiannya ditembak kerana
memberikan maklumat risikan yang membantu Israel mengetahui kedudukan
tokoh-tokoh utama Hamas dan Jihad Islam untuk dijadikan sasaran oleh
pesawat pejuang mereka.
Nama
keenam-enam lelaki tersebut telah dipaparkan di sepanjang jalan raya
selepas mereka disoal siasat oleh pegawai keselamatan Hamas tentang
siapa yang memberi maklumat dan menjadi 'pemberi maklumat' untuk
menentukan sasaran serangan yang tepat sehingga mengorbankan 118 nyawa
rakyat Palestin - separuh daripadanya adalah orang awam termasuk wanita
dan kanak-kanak, - dalam tempoh tujuh hari operasi ketenteraan.


No comments:
Post a Comment