The Malaysian Insider
November 13, 2012
KUALA LUMPUR, 13 Nov — Universiti Kebangsaan Singapura (NUS)
telah menamatkan biasiswa pelajar yang mengendalikan blog seks, Alvin
Tan, menurut laporan Straits Times di republik tersebut hari ini.
Namun demikian, pelajar tersebut tidak dibuang daripada NUS.
Selain
itu, dia juga perlu membayar penuh yuran pengajiannya tanpa mendapat
subsidi sebagai pelajar luar negara jika mahu melengkapkan pengajian
tahun akhirnya di pusat pengajian undang-undang universiti tersebut.
Laporan akhbar itu juga berkata hukuman yang dijatuhkan ke atas
pelajar tahun dua tersebut menjadi tumpuan utama orang awam selepas NUS
mengumumkan minggu lepas bahawa maklumat mengenai hukuman tidak akan
didedahkan memandangkan prosiding disiplin adalah sesuatu yang sulit.
Semalam Menteri Pendidikan Singapura Heng Swee Keat menyelar pelajar
terbabit yang mendapat biasiswa dari republik tersebut dengan
menyifatkan kelakuannya “patut dikeji dan bukan menggambarkan seorang
graduan”.
Kenyataan keluar selepas soalan tersebut diajukan oleh ahli parlimen
(MP) Singapura yang mahu mengetahui mengenai hukuman yang dikenakan oleh
Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) ke atas Tan.
Tan, 24 tahun merupakan pelajar dalam jurusan undang-undang di NUS
telah menjadi perhatian ekoran kontroversi melibatkan dia dan teman
wanitanya yang meletak gambar dan video seks mereka di dalam blog
tersebut.
Dia telah pun dihadapkan ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman bulan lepas.
Kedua-dua pihak telah bertindak berdiam diri di atas hukuman terhad
Tan, malahan pihak universiti berkata perkara tersebut melibatkan
prosiding disiplin yang dianggap sebagai sulit.
Warga Singapura bagaimanapun berpendapat sebaliknya, dengan sembilan daripada 10 pelajar universiti yang ditemubual oleh akhbar The Straits Times berkata NUS harus mendedahkan bentuk hukuman yang dikenakan.
Bercakap di Parlimen semalam, Heng berkata demikian ketika menjawab
soalan daripada empat MP yang berdiri untuk bertanya sama ada
Kementerian Pendidikan Singapura akan meminta pusat pengajian tersebut
mendedahkan hukuman yang diputuskan tersebut kepada awam, lapor akhbar.
MP tersebut Lim Biow Chuan, Intan Azura Mokhtar, Yee Jenn Jong dan
Pritam Singh menggesa keputusan hukuman itu perlu diberitahu atas nama
ketelusan.
Menteri tersebut dilaporkan dalam akhbar telah berhenti daripada
menerangkan bentuk hukuman atau biasiswa pelajar terbabit telah
ditamatkan.
Bagaimanapun, beliau yakin pihak NUS akan mengambil serius perkara itu dan melakukan perkara betul.
Tan sebelum ini telah memohon maaf kepada NUS kerana memalukan institusi tersebut.
Bagaimanapun Tan juga mengatakan beliau melakukan jenayah yang tidak mengganggu orang lain.
Bercakap kepada wartawan selepas inkuiri disiplin NUS, Tan berkata, “saya memohon maaf kerana memalukan NUS.”
Tetapi pelajar berusia 24 tahun itu berkata inkuiri tersebut
dilakukan atas kegiatan peribadinya, dan bukannya sebagai pelajar NUS.
“Apa yang saya lakukan ialah kesalahan yang tidak mengganggu orang lain.
“Tidak ada siapa yang tercedera atau dalam bahaya,” katanya lagi.
Pelajar NUS itu juga berkata, gambar erotik dan video dirinya bersama
teman wanita adalah “menyeronokkan”, menurut Yahoo! Singapura.
Tan dan teman wanitanya Lee (gambar) mengatakan mereka gemar memuat naik kegiatan seks mereka di blog mereka, “Sumptuous Erotica” untuk “dinikmati orang ramai”.
Blog itu bagaimanapun telah disekat.
Tan turut berharap biasiswanya tidak ditarik balik.
Tan dipetik akhbar berkenaan sebagai pelajar di Singapura atas
Biasiswa Asean pada 2004 dan belajar di Sekolah Menengah Xinmin dan
Kolej Junior Raffles sebelum menyambung pengajian di NUS.
No comments:
Post a Comment