Tuesday, November 13, 2012

Permintaan menurun, kilang-kilang P. Pinang kurangkan pekerjaan dan pengeluaran

November 13, 2012
GEORGETOWN, 13 Nov — Kejatuhan permintaan global telah memaksa kilang Pulau Pinang untuk membekukan pengambilan, mengurangkan pengeluaran dan melaksanakan empat hari minggu, walaupun penganalisis meramalkan ekonomi Malaysia berkembang lebih perlahan pada suku ketiga.

The Malaysian Insider difahamkan kilang di Pulau Pinang, hub utama elektronik telah mula berhanti mengambil pekerja, termasuk tidak menggantikan yang telah pencen atau berhenti.
yak loji juga telah mengurangkan output untuk mengurangkan kos.

Ekonomi Malaysia mungkin berkembang pada kadar perlahan dalam suku ketiga oleh kerana eksport jatuh, tetapi permintaan domestik kukuh, sebahagiannya didorong oleh perbelanjaan kerajaan menjelang pilihan raya tahun depan, membantu perkembangan menurut tinjauan pendapat Reuters.
Eksport menyumbang kira-kira 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia, dan ini terjejas akibat daripada permintaan yang lemah bagi komoditi dan komponen elektronik di China serta Kesatuan Eropah.

“Buat masa ini, banyak syarikat-syarikat ini masih dapat mengekalkan perniagaan mereka sehingga akhir tahun ini,” kata Datuk OK Lee dari Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
Paling teruk berkemungkinan sektor elektronik disebabkan oleh kejatuhan permintaan global tetapi Lee berkata industri lain juga turut terjejas kerana sektor pembuatan bergantung kepada eksport.
“Beberapa kilang-kilang tidak berfungsi pada kapasiti penuh sekarang dan disebabkan prospek ekonomi global suram, banyak juga mengambil kembali pelaburan dan mengamalkan kaedah tunggu dan lihat,” katanya.

Sumber dalam industri berkata beberapa syarikat multinasional yang menawarkan skim pemberhentian sukarela (VSS) kepada kakitangannya tetapi berhati-hati supaya perkara ini tidak heboh.
“Ini adalah syarikat multinasional besar (MNC) jadi mereka perlu berhati-hati untuk menjaga maruah, akan tetapi ini bukanlah VSS besar-besaran di mana-mana syarikat, tetapi kes terpencil yang tersebar sejak beberapa bulan dan masih belum ditahap parah,” kata seorang pegawai dalam perindustrian.

Di samping mengurangkan pengekuaran dan produktiviti, waktu bekerja juga dikurangkan dan kerja lebih masa dipotong.
Seorang pengurus kilang berkata sudah beberapa bulan semenjak pekerja kilang diberitahu untuk bekerja empat hari sahaja dalam seminggu.

“Ini juga merupakan masa bagi sesetengah daripada kita untuk menghabiskan cuti kerana pengeluaran telah menurun. Kami hanya gembira tidak ada pemberhentian,” katanya.
Walaupun tidak ada tanda-tanda pemberhentian pekerja, loji-loji penegluaran terpaksa menyesuaikan kapasiti untuk kekal berdaya maju dalam masa-masa tidak menentu, kata pengerusi eksekutif InvestPenang Datuk Simon Wong.
Beliau berkata Pulau Pinang bernasib baik kerana mencatatkan bulan terbaik tahun lepas dan ini membantu untuk mengurangkan kelembapan tahun ini disebabkan kesan daripada kegawatan ekonomi global.

Pulau Pinang mencatatkan RM12.2 bilion dalam pelaburan pembuatan pada tahun 2010 dan RM9.1 bilion pada tahun 2011.
Wong berkata prestasi luar biasa tahun-tahun sebelumnya dalam pelaburan akan membantu untuk mengharungi sektor tahun ini dan mungkin juga tahun depan.

Pada tahun ini, antara Januari hingga Julai, Pulau Pinang hanya mencatatkan pelaburan tidak lebih daripada RM1.7 bilion.
“Sebaliknya daripada membandingkan jumlah pelaburan pada asas tahunan, kita harus melihat pelaburan pada setiap tiga tahun oleh kerana kita bercakap tentang pelaburan jangka panjang,” kata Wong.

Beliau berkata apa yang kelihatan seperti tahun ‘rata’ dari segi pelaburan di Pulau Pinang tahun ini mungkin tidak menjadi satu perkara buruk kerana ia membolehkan sektor perindustrian untuk bergerak ke atas rantaian nilai yang lebih tinggi dan bukannya berterusan dengan perkhidmatan berasaskan operator tradisional.
“Kita tidak mahu mempunyai terlalu banyak jenis pelaburan seperti ini kerana ia akan menyekat industri dan mewujudkan kesesakan,” katanya.

Beliau berkata jumlah pelaburan juga perlu berkembang sejajar dengan infrastruktur sedia ada untuk mengekalkan industri pada tahun-tahun akan datang.
Wong berkata kerajaan negeri kini membelanjakan lebih banyak masa membangunkan perusahaan kecil dan sederhana tempatan (PKS) untuk membangunkan entiti yang lebih kecil bersaing di peringkat global dan serantau.

Pulau Pinang juga menumpukan kepada menarik pelaburan dalam sektor-sektor lain seperti dalam peralatan perubatan, LED, tenaga boleh diperbaharui, pelancongan perubatan dan yang paling baru, industri halal.
Terdapat satu trend pasaran global permintaan yang semakin meningkat dalam industri LED dan diramalkan berkembang sebanyak enam peratus menjelang akhir tahun ini.

Perkara besar seterusnya yang berpotensi bertumbuh di Pulau Pinang adalah industri pelancongan perubatan.
Menurut Malaysia Healthcare Travel Council, Pulau Pinang menyumbang 50 peratus kepada industri pelancongan perubatan di Malaysia.

Industri ini menyaksikan pertumbuhan 26 peratus pada tahun 2011 berbanding dengan 2010.
Sektor pembuatan boleh menjangkakan kesuraman pada bulan-bulan akan datang disebabkan oleh prospek ekonomi global tidak menentu yang juga boleh menyebabkan pelabur lebih berhati-hati, Wong menambah ianya tidak akan menjejaskan dengan banyak prestasi keseluruhan sektor di negeri ini.
“Semua orang akan lebih berhati-hati tahun depan berikutan prospek global tetapi itu tidak semestinya menyebabkan kesuraman di Pulau Pinang kerana kita mempunyai industri-industri lain untuk diberikan perhatian,” kata Wong.The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment