Ekoran
penemuan rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, Pahang, PAS
berharap nasib negeri itu tidak seperti Kelantan yang masih bergelut
untuk mendapatkan royalti minyak 5 peratus daripada Petronas.
Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, royalti daripada Blok PM307 itu haruslah dibayar mengikut perjanjian Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan bukannya ditukar kepada "wang ehsan".
"Sistem wang ehsan adalah tidak adil kepada negeri-negeri pengeluar minyak seperti Pahang dan Kelantan kerana ia amat tertakluk pada budi bicara kerajaan persekutuan kepada negeri-negeri," katanya yang juga ketua penerangan PAS.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin mengumumkan Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di Blok PM307.
Katanya, penemuan itu sangat penting memandangkan belum pernah ditemui minyak komersil dalam kuantiti yang tinggi di Lembangan Penyu dan pengeluaran dijangka pada 2014 dengan sasaran antara 17,500 dan 20,000 tong sehari.
Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim juga mengulangi janji Pakatan Rakyat untuk menaikkan bayaran royalti minyak kepada 20 peratus jika berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Justeru, katanya, semua pihak, termasuk Pahang perlu menyambut baik perkara itu.
"Di bawah Pakatan, Pahang dan Kelantan akan memberi duit royalti sebagaimana Terengganu, Sabah dan Sarawak dan bukannya ‘sedekah' wang ehsan berdasarkan budi bicara kerajaan persekutuan," katanya.

No comments:
Post a Comment