Malaysiakini
Senator Australia, Nick Xenophon membuat laporan polis terhadap akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times atas penyiaran berita palsu mengenainya yang disifatkan sebagai "keji lagi menjijikkan".
Dalam laporan tersebut, Xenophon meminta polis menyiasat laporan akhbar berkenaan Seksyen 499 Kanun Acara Jenayah kerana didakwa merupakan fitnah jenayah ke atasnya.
Ia dibuat terhadap berita dengan tajuk "Senator anti-Islam pantau Bersih 3.0" yang diterbitkan akhbar Utusan Malaysia pada 1 Mei dalam edisi cetak dan dalam talian.
Utusan
dalam laporan itu mendakwa Xenophon menyifatkan Islam bukan sebagai
pertubuhan keagamaan tetapi organisasi jenayah yang berselindung di
sebalik agama.
New Straits Times pula pada 2 Mei melaporkan berita yang sama dalam akhbar mereka dengan tajuk Observer under scrutiny (Pemantau diperhatikan).
Bagaimana pun, laporan itu kemudian ditarik balik selepas kedua-dua akhbar itu didapati mengubah suai konteks ucapan Xenophon yang merujuk kepada Scientology dengan perkataan 'Islam'.
"Isu ini begitu serius kerana dengan melaporkan apa yang saya tidak sebut tentang Islam, ia boleh mencetuskan perbalahan dan keganasan.
"Secara peribadi saya dapati tuduhan itu sangat keji.
Dalam laporan tersebut, Xenophon meminta polis menyiasat laporan akhbar berkenaan Seksyen 499 Kanun Acara Jenayah kerana didakwa merupakan fitnah jenayah ke atasnya.
Ia dibuat terhadap berita dengan tajuk "Senator anti-Islam pantau Bersih 3.0" yang diterbitkan akhbar Utusan Malaysia pada 1 Mei dalam edisi cetak dan dalam talian.
Utusan
dalam laporan itu mendakwa Xenophon menyifatkan Islam bukan sebagai
pertubuhan keagamaan tetapi organisasi jenayah yang berselindung di
sebalik agama.New Straits Times pula pada 2 Mei melaporkan berita yang sama dalam akhbar mereka dengan tajuk Observer under scrutiny (Pemantau diperhatikan).
Bagaimana pun, laporan itu kemudian ditarik balik selepas kedua-dua akhbar itu didapati mengubah suai konteks ucapan Xenophon yang merujuk kepada Scientology dengan perkataan 'Islam'.
"Isu ini begitu serius kerana dengan melaporkan apa yang saya tidak sebut tentang Islam, ia boleh mencetuskan perbalahan dan keganasan.
"Secara peribadi saya dapati tuduhan itu sangat keji.
No comments:
Post a Comment