Sunday, December 2, 2012
![]()
BEBERAPA
buah jentera berat digunakan untuk merobohkan rumah Luo Baogen selepas
dia dan isterinya bersetuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000.
|
BEIJING
- Pihak berkuasa China telah merobohkan rumah lima tingkat yang
terletak di tengah-tengah sebuah lebuh raya baharu dan menjadi
kontroversi baru-baru ini.
Ketua kampung Xiayangzhang, Chen Xuecai memberitahu AFP bahawa
rumah itu diroboh semalam selepas pemiliknya yang juga seorang
penternak itik, Luo Baogen setuju untuk menerima pampasan sebanyak
AS$41,000 (RM124,615).
Luo
menjadi satu-satunya pemilik rumah yang enggan keluar dari kawasan yang
telah diratakan untuk dijadikan lebuh raya di wilayah Zhejiang itu.
Luo
baru sahaja menyiapkan rumahnya dengan kos AS$95,000 (RM288,743)
sebelum kerajaan menawarkan pampasan sebanyak AS$35,000 (RM106,379)
supaya berpindah,
Tidak
jelas kenapa Luo menerima tawaran tersebut. Menurut Chen, Luo sudah
penat dengan perhatian media dan menerima tawaran itu secara sukarela.
Pihak
berkuasa China biasanya memberi tekanan kepada pemilik tanah atau rumah
supaya bersetuju menerima pampasan dalam usaha meneruskan pembangunan. -
AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

No comments:
Post a Comment