Tamparan
hebat kpd UMNO BN, makin PAS dikutuk.. parti itu terus menerima
sokongan golongan korporat dan profesional. Terbaru di Batu Pahat malam
tadi Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman
Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS. Beliau yang juga bekas
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengumumkan penyertaan
itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan dalam Himpunan
Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi. Turut serta adalah bekas
Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned. (Haji Mohd
Sais menyerahkan borang kepada Ustaz Hadi dengan diperhatikan
Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz) Dua lagi adalah masing-masing
bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah
institur Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah. Kesemua mereka
menyerahkan borang meyertai PAS kepada presiden parti itu Datuk Seri
Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan hampir 30,000 hadirin. So apa
komen? Siapa agaknya golongan korporat yg teringin nak sertai UMNO
yer....
No comments:
Post a Comment