29 Disember 2012
SHAH ALAM - Meskipun akur dan setuju bahawa tuntutan Gabungan Pilihan
Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak mengemukakan tuntutan yang
menyeluruh dengan menyentuh perubahan struktur pilihan raya negara,
namun untuk masa yang singkat, lapan tuntutan yang dikemukakan sudah
memadai.
Malahan menurut Ahli Jawatankuasa Bersih, Maria Chin Abdullah, lapan tuntutan itu juga gagal dilaksanakan sebaiknya oleh suruhanjaya yang dipertanggungjawabkan mengendalikan pilihan raya di negara ini.
"Dengan lapan tuntutan ini juga SPR gagal untuk menyelesaikan tuntutan daripada Bersih. Kenapa hendak cakap tentang reformasi pilihan raya untuk jangka masa panjang?," katanya.
"Sekarang ini contohnya ada proses yang baru, dakwat kekal tetapi belum mengumumkan prosesnya kepada orang awam. Patutnya sudah keluar di televisyen sekurangnya di RTM1 dan 2. Proses akan jadi lambat. Orang akan tanya soalan dan sebagainya.
"Ada kemungkinan besar tak dapat habiskan jumlah pengundi di kawasan itu jika undi berakhir jam 5 petang," ujar beliau lagi ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.
Minggu lalu, dalam satu temubual khas bersama bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, beliau menggambarkan NGO yang menuntut pilihan raya di negara ini dijalankan secara bersih dan adil "gagal mengetengahkan isu sebenar meskipun mereka tahu apa yang mereka mahu".selengkapnya

No comments:
Post a Comment