kerengga
detikislam 27 Dis 2012
Seorang
budak perempuan Palestin berusia 10 tahun yang tampil dalam sebuah video
sedang memukul seorang tentera Israel tiba di Turki sebagai tetamu
kehormatan dari Kota Başakşehir İstanbul.
Ahed
Tamimi telah menjadi hero bagi rakyat di Turki setelah video yang
menunjukkan dia memukul tentera Israel telah diposting secara online
pada 28 November. Dia tiba di İstanbul hari Isnin lalu
"Kata-kata
pertama adalah saya sangat senang boleh berada di negara Erdogan,"
merujuk kepada Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan yang ramai dicintai
oleh warga di Palestin kerana kegigihannya menentang polisi Israel di
Gaza.
Tamimi
tiba di Turki menggunakan penerbangan Jordan pukul 2 petang pada hari
Isnin lepas. Dia ditemani ibunya, Neriman Tamimi. Dia disambut oleh
pelajar sekolah yang memegang bunga dan bendera Palestin.
VIDEO DISINI : http://detikislam.blogspot.com/2012/12/askar-israel-disepak-oleh-budak.html#
Sambil
membuat tanda kemenangan, Ahed Tamimi berpose di depan kamera wartawan.
Di depan wartawan sewaktu tiba di lapangan terbang Ahed Tamimi berkata:
"Saya tidak takut dengan tentera Israel sama sekali. Saya akan
menunjukkan kepada mereka keberanian rakyat Palestin. "
Tamimi dijadualkan akan mendapat Anugerah Keberanian Hanzala oleh Datuk Bandar Başakşehir.
No comments:
Post a Comment