Harakahdaily
Anis Nazri, | 22 Dis 2012 |
SELAYANG:
Penantian selama hampir 25 tahun penduduk asal Bukit Botak berakhir
apabila mereka ditawarkan surat tawaran untuk memiliki rumah berkembar
satu tingkat, hari ini.
Kegembiraan jelas terpancar di wajah peserta, khususnya warga emas yang sanggup menanti untuk ditawarkan surat tawaran yang disampaikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Rajiah Omar, 73, hari ini merakamkan rasa syukur dan gembira apabila kemelut yang dihadapi sekian lama, akhirnya berakhir.
"Alhamdulillah, impian untuk memiliki rumah sendiri di atas tanah ini, akhirnya termakbul. Sudah lama makcik menantikan saat ini kerana ia sudah terlalu lama sejak rumah asal makcik dirobohkan.
"Makcik ucapkan berbanyak terima kasih kepada PKNS dan juga kerajaan negeri Selangor yang dapat menyelesaikan masalah makcik sekian lama," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

No comments:
Post a Comment