myMetro 22 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Seorang anak dalam kebimbangan selepas ibu tersayang
meninggalkan rumah mereka di Bandar Baru Selayang, di sini tanpa khabar
berita hampir empat bulan lalu.
Gadis berkenaan, Siti Hawa Abdullah, 20, yang bekerja sebagai
pegawai keselamatan di sebuah hospital berkata, ibunya, Salmah Mohd
Hanifah, 60, meninggalkan rumah sewa mereka sejak Aidilfitri ketiga
lalu.
Beliau berkata, ibunya meninggalkan rumah mereka pada jam 5 petang pada 20 Ogos lalu tanpa sebarang pesan.
“Saya mengesyaki ibu keluar untuk ke kedai, namun meleset selepas
beberapa hari, ibu masih tidak pulang ke rumah,” katanya ketika di temui
di sini, semalam.
“Sebelum ini, ibu tidak pernah meninggalkan rumah lebih dari sehari kerana akan pulang dalam tempoh beberapa jam selepas itu,” katanya ketika di temui di sini, semalam.
Siti Hawa berkata, ibunya memakai baju kurung dan keluar rumah sehelai sepinggang ketika meninggalkan rumah.
Menurutnya, dia yang tiada ayah sejak kecil kini tinggal bersama
sepupu merayu supaya ibunya pulang ke pangkuan keluarga dengan segera.
“Saya sudah membuat dua laporan polis pada Ogos dan 24 November lalu di Balai Polis Selayang,” katanya.
No comments:
Post a Comment