13 Disember, 2012

KUANTAN – Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah supaya menghormati
keputusan kerajaan berkaitan hak milik kawasan minyak di Blok PM307
Bertam.
Baginda juga tidak mahu perkara itu diperbesarkan kerana kawasan telaga minyak itu sudahpun diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi milik Pahang.
Baginda juga tidak mahu perkara itu diperbesarkan kerana kawasan telaga minyak itu sudahpun diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi milik Pahang.
“Tak apalah, semuanya sudah diputuskan oleh Perdana
Menteri sendiri dan beta juga telah dimaklumkan mengenai perkara itu
pada Hari Keputeraan beta baru-baru ini.
“Apa pun, rakyat Pahang perlu bersyukur kepada ALLAH SWT dengan kurniaan
itu,” titahnya berhubung kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri
Ahmad Said mengenai status kawasan minyak itu.
Baginda bertitah demikian selepas menyempurnakan Majlis Perletakan Batu
Asas Hospital Pengajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di
UIAM Kampus Kuantan, di sini semalam.
Ahmad Said dalam kenyataannya berkata, kawasan medan minyak di luar
pantai semenanjung antara Terengganu dan Pahang itu adalah milik
Terengganu.
Katanya, Kerajaan Negeri Terengganu juga sudah menulis surat secara
rasmi kepada Petronas untuk mendapatkan penjelasan mengenai penemuan
minyak di blok tersebut.
Beliau turut menerima surat daripada Syarikat Lundin Oil (syarikat
carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja carigali
di kawasan berkenaan mengesahkan bahawa ia adalah di perairan
Terengganu.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula minta Najib jelaskan kedudukan sebenar kawasan minyak itu. ~sinar
No comments:
Post a Comment