10 Disember 2012
KUALA PILAH – Penduduk Kampung Temeris di sini melahirkan rasa hairan berikutan wujudnya papan tanda yang mengelirukan mereka.
Salah seorang daripada mereka, Muzir Barikis, 31, berkata, kampung
mereka dikenali sebagai Kampung Temeris dan bukan Kampung Belimbing
seperti yang tertulis di papan tanda simpang masuk tanah perkuburan
kampung berkenaan.
Menurutnya, papan tanda itu diletakkan di sini lebih sebulan dan lebih menghairankan kerana tiada kampung lain yang ada di situ selain Kampung Temeris.

“Kami sudah mengajukan kekeliruan ini kepada pihak berkenaan namun masih belum mendapat jawapan.
“Justeru itu, saya mewakili penduduk kampung ini berharap papan tanda
itu dapat dibuka semula bagi mengelakkan kekeliruan orang luar yang
datang ke sini,” katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, penduduk kampung tersebut juga melahirkan rasa kecewa kerana masalah gangguan air yang masih berlarutan.
Omar Mohd Saad, 57, berkata, kampung itu tidak mempunyai penduduk yang ramai, namun gangguan bekalan air tetap berlaku dalam tempoh dua hingga tiga hari.
“Kadang kala gangguan bekalan air berlaku dari pagi hingga ke petang sehingga menyukarkan penduduk melakukan kerja harian.

“Pihak berkaitan memang ada menghantar bekalan air, namun sampai bila kami harus hadapinya,” katanya.
Menurutnya, kampung lain sudah memiliki tangki dan paip baru bagi mengatasi masalah itu tetapi tidak di kampung tersebut.
“Masalah ini sudah berlarutan sejak empat tahun lalu dan sewajarnya ia diatasi dengan sebaiknya,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Lembab aarrr... penduduk kampung tu, kalau dah tau salah nama, kasi cabut jelah papan tanda tu...
ReplyDeletetak payah kecoh2...