Kerengga
Minggu-minggu
kebelakangan ini kedudukan Najib terus dicalar dan dirobek oleh
pelbagai pendedahan yang dilakukan oleh ahli perniagaan karpet, Deepak
yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan Rosmah Mansor dan juga bekas
IGP, Musa Hassan.
Deepak
yang kini sudah bertalak tiga dengan keluarga Najib mendedahkan pelbagai
perkara termasuk dakwaan memberi sejumlah wang kepada Najib, bagaimana
beliau dikhianati dan juga dakwaan bahawa isteri PM itu mengumpul projek
berjumlah RM26 bilion sejak Najib mengambil alih kuasa pada 2009 lalu.
Walaupun
Deepak dipercayai akan terus membuat pendedahan demi pendedahan
mengenai Najib, Rosmah dan keluarga PM itu, sehingga ini pasangan
Najib-Rosmah masih mengunci mulut dan enggan menjawab dakwaan yang
ditimbulkan.
Ini
sekaligus menjadikan sekali lagi persepsi rakyat memihak kepada Anwar
dan PR serta menjadi mimpi yang amat buruk kepada Najib di ketika beliau
sedang memikir-mikir tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihanraya
umum ke 13.
Musa
Hasan pula mula muncul menghangatkan atmosfera politik negara dengan
pendedahan bahawa Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein sering
canpurtangan dalam urusan dan mengetepikan kedudukannya sebagai IGP.
Beliau mendakwa Hishammuddin sering memberi arahan langsung melalui
pegawai polis junior dan ketua polis daerah.
Sehingga
ini Musa Hassan menjadi individu yang sentiasa dinanti-nantikan oleh
semua orang atas keyakinan behawa beliau akan mendedahkan lebih banyak
lagi mengenai kepincangan dalam PDRM serta campurtangan orang politik
dalam tugas seharian polis.
Tiada
siapa menyangka Musa Hassan yang mula melonjak namanya selepas Anwar
dipecat pada 1998 di mana beliau ketika itu diberi peranan mengetuai
pasukan penyiasat dalam kes liwat yang membabitkan Anwar dan Azizan Abu
Bakar, boleh melawan arus dengan kerajaan sekarang ini.
Walaupun
Musa tidak secara terbuka menyokong Anwar dan PR tetapi pelbagai
pendedahannya mengenai campurtangan orang politik dalam tugas polis,
jelas menguntungkan perjalanan politik Anwar yang kini bersaing hebat
dengan Najib untuk menguasai Putrajaya.
Lebih-lebih
lagi serangan terbuka Musa kepada Hishammuddin adalah ibarat "pukul
anak sindir menantu" kerana Hishammuddin adalah sepupu dan antara orang
kepercayaan Najib.
Gambaran
yang terbentang sekarang menunjukkan bahawa Musa tidak akan berhenti
bercakap. Selepas Rais Yatim menjawab bagi pihak Hishammuddin mengenai
peranan Menteri Dalam Negeri dalam urusan polis, Musa tidak menunggu
lama untuk bingkas balik menangkis jawapan Rais itu.
Dalam
masa yang sama, Musa juga bersetuju untuk menjadi ahli panel wacana
politik semasa mengenai budaya politik samseng yang dianjurkan akhbar
Sinar Harian pada Khamis, 6 Disember ini. Sudah tentu ada lagi lahar
panas yang akan terus terpacul dari mulut beliau dalam wacana itu nanti.
Siapalah
menyangka Musa Hasan boleh menjadi seperti sekarang ini. Daripada
mengetuai pasukan penyiasat kes liwat Anwar, diberi peluang kenaikan
pangkat sehingga menduduki kerusi IGP, menjadi pendokong kuat kerajaan
beberapa lama dan menjadi musuh utama pembangkang selama ini, tiba-tiba
boleh membuat pusingan 360 darjah.
Inilah
yang selalu diperingatkan kepada kita dalam mengatur perjalanan hidup di
dunia ini, "Manusia merancang, Tuhan merancang tetapi ingatlah bahawa
perancangan Tuhan sentiasa menang"
Pendek kata, dengan Deepak dan Musa Hassan terus bersuara, mereka akan terus menyusahkan kedudukan Najib.
Jika
Musa Hassan selama ini pendokong kuat kerajaan, Deepak pula adalah
antara deretan kawan rapat dan kroni Najib dan Rosmah sejak beberapa
tahun kebelakangan ini. Beberapa nama yang lain turut menjadi sebutan
umum yang diketahui sebagai mempunyai hubungan rapat dan memperolehi
nikmat kekayaan melalui hubungan itu. Antaranya ialah bekas pelari pecut
negara, Mumtaz Jaafar yang sebelum ini sering dilihat bersama dan
mengiringi di mana saja Rosmah berada.
Keintiman
dan tidak mahu berenggangnya dengan Rosmah menyebabkan kadangkala
beliau digelar kembar siam kepada isteri Perdana Menteri. Dan manfaat
yang diperolehi Mumtaz daripada hubungan yang rapat itu juga menjadi
bualan umum dan diperkatakan di mana-mana.
Sebagaimana
Deepak, difahamkan hubungan Mumtaz dengan Rosmah juga sudah berakhir.
Mereka kini menjadi kembar siam yang sudah dipisahkan.
Apabila
Deepak mula bersuara mendedahkan pelbagai kepincangan mengenai Najib dan
Rosmah, khabar angin juga mulai bertiup di bursa politik Malaysia
mengenai kedudukan Mumtaz. Jika selama ini beliau hanya diam dan
memencilkan diri, mungkinkah beliau juga akan menuruti jejak langkah
Deepak selepas ini?
Mumtaz
yang diketahui umum mempunyai hubungan rapat dengan Rosmah dan keluarga
Najib dalam tempoh beberapa tahun serta sering bersidai dan keluar masuk
rumah Najib tentunya turut menjadi buruan media jika beliau beliau
turut membuka mulut seperti Deepak dan Musa Hassan.
Tentunya
bermacam-macam cerita yang menarik serta sensasi akan keluar dan
terdedah dari mulutnya mengenai Najib dan Rosmah. Bak kata iklan Astro
"macam-macam ada" dalam pengetahuan Mumtaz.
No comments:
Post a Comment