Harakahdaily
| Rizal Tahir, | 13 Dis 2012 |
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menghadiahkan RM60,000
kepada Persatuan Ragbi Kelantan di atas kejayaan mencul juara Piala
Agong tiga tahun berturut-turut bermula 2010.
Cek berkenaan disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat, kepada Timbalan Yang Dipertua persatuan itu, Hanafi Abdul
Rahman, di bilik mesyuarat Menteri Besar semalam.
Turut hadir pada majlis itu, naib-naib pengerusi persatuan itu, Mohd
Nor Alias dan Mohd Roslan Mohd Nor termasuk setiausaha, Ahmad Nasri
Salleh.
Tuan Guru berkata, kerajaan negeri akan sentiasa memberi sokongan
kepada aktiviti sukan di negeri itu selagi tidak bercanggah dengan dasar
dan syariat Islam.
Katanya, apa yang penting usaha mempopularkan sukan ragbi perlu dipergiatkan agar standing dengan acara sukan lain.
“Di Eropah sukan ragbi begitu masyhur dan kita harap ianya turut berlaku perkara yang sama di negara ini khususnya Kelantan.
“Semoga kita bukan sahaja popular dengan sukan bola sepak, tetapi juga sukan ragbi,” ujarnya.
Turut berucap pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood.
No comments:
Post a Comment