30 Dis 2012
Polis Sepanyol, menangkap 17 orang yang dipercayai bertanggungjawab dalam penyeludupan wanita Nigeria ke Sepanyol.
Menurut
Kementerian Dalam Negeri Sepanyol, para korban diancam akan ditenung
dengan sihir gelap Voodoo, jika mereka menolak permintaan para pelaku
untuk menjadi pelacur.
Kes ini berhasil dibongkar ketika
polis , mendapatkan informasi bahawa ada 10 wanita Nigeria memasuki
wilayah Sepanyol secara haram, dengan menempuh jalur laut menggunakan
perahu kecil. Seperti diberitakan oleh Foxnews.com, Minggu (30/12/2012),
dan dikutip Tribunnews.com.
Dalam
penangkapan para pelaku, polis Sepanyol juga menyita peralatan
komputer, telepon, kad pengenalan palsu dan dokumen izin kerja, serta
benda-benda yang digunakan dalam ritual Voodoo.

No comments:
Post a Comment