30 Disember 2012
Penyokong anti Lynas membina perisai manusia untuk menghalang PTG mengambil tindakan sebelum mengadakan perbincangan.
KUANTAN - Kira-kira 100 penyokong Himpunan Hijau berkumpul untuk
membantah serta menghalang tindakan Pejabat Tanah dan Galian (PTG)
Pahang menyita pusat operasi kumpulan anti Lynas di Perkampungan Balok
Makmur, di sini, petang semalam.
Suasana tegang tetapi terkawal bermula kira-kira jam 3 petang itu berlaku selepas Pegawai Daerah Kuantan, Datuk Norhayad Ahmad dan pegawainya termasuk dari bahagian penguat kuasa tiba bersama kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) serta anggota polis yang dikerah memantau dan mengawal keadaan.
Kumpulan terbabit membina perisai manusia untuk menghalang kakitangan memasuki kawasan kabin sebelum perbincangan dilakukan.
Suasana agak tegang itu berakhir apabila kumpulan terbabit terpaksa akur dengan keputusan PTG untuk menyita dua kabin digunakan sebagai pejabat operasi mereka.
Tindakan menyita pusat operasi anti Lynas yang beroperasi 22 Disember lalu itu dilakukan berikutan aduan beberapa pihak, selain kedudukannya yang berada di atas tanah milik kerajaan.
Notis pengosongan dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, Khamis lalu dan tindakan sita dilakukan semalam selepas kumpulan terbabit gagal mematuhi arahan.
Sita dua kabin
more...

No comments:
Post a Comment