sinarharian
18 Disember 2012
18 Disember 2012
KLANG - Mahkamah Majistret di sini tidak membenarkan ikat jamin
terhadap seorang mekanik yang dituduh mendera anak tirinya berumur tiga
tahun demi keselamatan mangsa yang tinggal bersama tertuduh.
Majistret Suhaima Mohd Noor kemudian menetapkan 15 Jan depan untuk
sebutan semula kes ke atas T. Rajasegaran, 32, dari Kapar di sini yang
mengaku tidak bersalah menganiaya kanak-kanak lelaki itu sehingga
menyebabkan kecederaan fizikal di sebuah rumah di Kapar, kira-kira 12.30
tengah hari pada September lepas.
Kes itu adalah rentetan kejadian dera terhadap mangsa menggunakan senduk nasi dan acuan maruku, yang disebarkan melalui laman Facebook baru-baru ini.
Kes itu adalah rentetan kejadian dera terhadap mangsa menggunakan senduk nasi dan acuan maruku, yang disebarkan melalui laman Facebook baru-baru ini.
Timbalan Pendakwa Raya Munirah Shamsudin @ Baharum yang mengendalikan
pendakwaan membantah ikat jamin diberikan kepada tertuduh atas alasan
mangsa tinggal bersama lelaki itu.
Rajasegaran yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon mahkamah
membenarkannya diikat jamin atas alasan dia menanggung dua orang isteri
yang tidak bekerja serta empat anak berumur antara lima tahun ke lapan
bulan.
Tertuduh berkata isteri keduanya juga sedang mengandungkan anak kelimanya.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mangsa merupakan anak kepada isteri kedua tertuduh.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mangsa merupakan anak kepada isteri kedua tertuduh.
Terdahulu, tertuduh pada mulanya mengaku bersalah selepas pertuduhan
dibacakan terhadapnya dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah.
Mahkamah kemudian menangguhkan seketika prosiding bagi memberi masa
kepada pihak pendakwaan untuk menyediakan fakta kes sebelum menjatuhkan
hukuman.
Bagaimanapun, apabila kes dipanggil semula selepas ditangguhkan
kira-kira sejam setengah, tertuduh memutuskan untuk menukar pengakuannya
kepada tidak bersalah.
Isteri kedua tertuduh turut berada di mahkamah semasa prosiding sambil mendukung mangsa yang nyenyak tidur.
Wanita itu kemudian bertindak memarahi jurugambar yang cuba merakam wajahnya bersama mangsa di luar mahkamah.
Media sebelum ini melaporkan mengenai kejadian seorang lelaki mendera anak tirinya di Klang.
Kes itu menjadi perbualan hangat apabila klip video lapan minit dan 33
saat itu yang merakamkan tindakan lelaki itu menampar, membaling serta
menyepak kanak-kanak tersebut yang menangis teresak-esak dimuatkan ke
laman Facebook baru-baru ini.- Bernama
No comments:
Post a Comment