Harakahdaily
| Muhammad Faeez Azahar, | 18 Dis 2012 |
Menurutnya, bajet tersebut hanya menjelaskan jumlah hutang yang ditanggung oleh kerajaan negeri yang berjumlah lebih RM1 bilion.
Adun Pasir Panjang itu menjelaskan, ada beberapa perkara yang cuba
disembunyikan khususnya dalam empat tahun pertadbiran kerajaan BN
selepas merampas kuasa daripada kerajaan Pakatan Rakyat pada tahun 2009.
“BN cuba menyembunyikan banyak perkara khususnya bagaimana negeri
memperoleh pendapatan negari dan beberapa kelulusan kepada bidang-bidang
tertentu,” katanya ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat PAS Perak.
Mengulas lanjut, Pengerusi Pakatan Rakyat Perak itu menyifatkan
belanjawan yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat lebih relevan dan
menepati kehendak rakyat.
Kata Mohammad Nizar, belanjawan Pakatan Rakyat memperuntukkan
RM250,000 kepada setiap Adun secara adil tanpa mengira parti bagi
memudahkan mereka membantu rakyat.
Belanjawan Pakatan Rakyat juga memperuntukkan sejumlah RM40 juta
untuk menyelesaikan masalah kemiskinan di negeri ini yang disifatnya
masih belum berjaya dibasmikan.
“Rakyat percaya rakyat boleh membezakan belanjawan mana yang terbaik, seimbang dan menepati kehendak rakyat,” jelas beliau.
Sementara itu, Adun Lubuk Merbau, Zainuddin Mohd Yusof berkata, bajet pada kali ini hanya untuk menyelesaikan hutang.
Melihat kepada perbentangan bajet ini, bekas Exco Kerajaan Negeri itu
menyifatkan, BN ternyata tidak memahami apakah definisi bajet yang
sebenarnya.
“Bajet sebenarnya adalah bagaimana untuk kita perkasakan ekonomi
sedia ada serta kaedah untuk mewujudkan kekayaan hasil negeri bagi
mengupayakan masyarakat di negeri ini,” tegas beliau.
No comments:
Post a Comment