Friday, December 28, 2012

Menteri dipecat

Menteri wanita tunggal Iran dipecat
sinarharian
28 Disember 2012
TEHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad memecat Menteri Kesihatan, Marziyeh Vahid Dastjerdi yang juga merupakan wanita tunggal dalam Kabinet negara itu.

Marziyeh merupakan wanita pertama dilantik menganggotai jemaah menteri dalam 30 tahun republik Islam itu.

Walaupun tiada sebab diberikan, pemecatan itu dikaitkan dengan harga ubat-ubatan yang naik dan disebabkan oleh sekatan antarabangsa yang menyebabkan negara itu tidak dapat menyediakan dana yang cukup.

Para penganalisis berkata, sekatan antarabangsa menyebabkan kemerosotan ketara ekonomi Iran dan menjurus kepada kejatuhan mata wang.

Sebelum dipecat, Marziyeh berkata kenaikan harga berkaitan dengan tukaran mata wang asing dan peningkatan harga yang tidak dapat dielakkan dalam dunia perubatan.

Beliau turut mengadu tidak berupaya untuk mendapatkan akses kewangan yang mencukupi seperti yang dijanjikan sebelum ini.

“Dalam separuh pertama tahun semasa, bank negara tidak dapat memberi peruntukan ke atas apa-apa pertukaran untuk import ubat-ubatan dan peralatan perubatan.

“Kita memerlukan AS$2.5 bilion untuk keperluan sektor perubatan tetapi hanya diberi bajet AS$650 juta saja,” katanya.

Tetapi, presiden menafikan kenyataan Marziyeh dan mendakwa kerajaan telah memperuntukkan wang yang mencukupi kepada Kementerian Kesihatan.

No comments:

Post a Comment