Friday, December 21, 2012

Minyak: Awang Adek dianggap persenda titah sultan

Harakahdaily

Aslani M, 21 Dis 2012

KOTA BHARU: Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussain diberi tempoh sehingga 27 Disember ini bagi menarik balik kenyataannya sebelum ini yang disifatkan cuba mempersendakan titah Sultan Kelantan.

Anak-anak muda yang bergabung di bawah Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (R) mendesak Ketua Umno Bachok itu memohon maaf kerana kenyataannya tidak selari dengan hasrat sultan dan rakyat Kelantan.

Baru-baru ini Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan dilaporkan berkata, kerajaan pusat tidak pernah berjanji mendaratkan minyak di telaga di perairan antara sempadan Malaysia dan Thailand di Bachok.
Menurutnya perjanjian mendaratkan minyak yang diperolehi di telaga perairan antara sempadan kedua-dua buah negara hanya dibuat kerajaan pusat dan Thailand pada tahun 1990-an dan dipersetujui didaratkan di Songkla.

Sedangkan kata Presiden R, Nazri Deraman, titah Sultan Kelantan pada Mac lalu mengharapkan gas asli yang terdapat di Telaga Bumi Selatan dan Telaga Surya Selatan (blok PM301) didaratkan di negeri ini.

Menurut baginda gas itu dapat didaratkan kerana Kelantan telah menyediakan zon industri petroleum di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun awal 1990-an.selengkapnya

No comments:

Post a Comment