Harakahdaily
Saidah Hairan, | 27 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Pengerusi
Lajnah kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud
bertindak pantas melancarkan tabung khas bagi membantu mangsa-mangsa
banjir di tiga negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Tabung khas itu akan disampaikan segera kepada mangsa-mangsa banjir
melalui jentera kebajikan bagi meringankan bebanan yang ditanggung
akibat banjir.
Selain sumbangan kewangan lajnah kebajikan turut mengalu-alukan sumbangan makanan, pakaian, lampin pakai buang dan apa sahaja yang boleh membantu mangsa-mangsa banjir yang tinggal di penempatan sementara.
Golongan korporat, individu, NGO dan sesiapa sahaja dialu-alukan menyalurkan sumbangan kepada Tabung Khas lajnah untuk disampaikan segera kepada mangsa banjir.
Sumbangan boleh dihantar terus ke akaun Dana Kami Prihatin ke akaun Bank Islam “DANA KAMI PRIHATIN” di nombor 12113010026150 atau hubungi Haji Zainal 012-3135471.

No comments:
Post a Comment