Seramai
kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi hari ini berkumpul
di hadapan Sri Pentas- Media Prima Berhad (MPB) untuk menyerahkan
memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara
terbuka.
Kumpulan
tersebut, antaranya daripada Motor Corner dan ARC Selangor, turut
mendesak program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan
terperinci.
Kumpulan
motosikal itu tiba di perkarangan Sri Pentas kira-kira jam 12 tengah
hari. Kelihatan kira-kira 30 anggota polis di kawasan sekitar Sri
Pentas.
Sebelum menyerahkan memorandum, kumpulan itu berhimpun di pintu masuk Sri Pentas dan melaungkan "Kami bukan bukan pelesit", "Get out Mazidul" dan "Kami sayang TV3".
Memorandum telah diserahkan oleh wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya.
Kumpulan
tersebut, antaranya daripada Motor Corner dan ARC Selangor, turut
mendesak program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan
terperinci.
Kumpulan
motosikal itu tiba di perkarangan Sri Pentas kira-kira jam 12 tengah
hari. Kelihatan kira-kira 30 anggota polis di kawasan sekitar Sri
Pentas.Sebelum menyerahkan memorandum, kumpulan itu berhimpun di pintu masuk Sri Pentas dan melaungkan "Kami bukan bukan pelesit", "Get out Mazidul" dan "Kami sayang TV3".
Memorandum telah diserahkan oleh wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya.
Salam, Mazidul tapis-tapis buat laporan tuh!
ReplyDelete