sinarharian
11 Disember 2012
11 Disember 2012
KUALA LUMPUR - Seorang penyambut tetamu di sebuah syarikat swasta
dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari
ini kerana mengugut bapanya tiga hari lepas.
Majistret Nurul'Ain Abdul Rahim membuat keputusan itu terhadap
S.Prasath, 27, selepas dia mengaku bersalah mengugut R.Subramaniam, 75,
menggunakan sebilah gunting dan memerintahkannya menjalani hukuman
bermula dari tarikh tangkapan pada Ahad lepas.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Langgak
Bukit, Jalan Pahang, Setapak, pada 6 petang 8 Dis dan didakwa mengikut
Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh
tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwa Raya ASP Zulkifli Osman menjalankan pendakwaan manakala peguam Mahendren Naidu mewakili Prasath.- Bernama
No comments:
Post a Comment