Saturday, December 1, 2012

Punyalah nak bodek - Khairy Tipu Statistik Penyokong Facebook Anwar Ibrahim!

1 Dis 2012


Nampaknya ahli parlimen Rembau ni memang tak ikuti perkembangan semasa.

Selain menyebut fakta salah, Khairy Jamaluddin terus membodek presidennya, Najib Altantuya dalam perhimpunan agung Umno (PAU) ketika membahaskan ucapan penggulungan sebagai ketua pemuda sebentar tadi.

Sebenarnya, penyokong Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di laman sosial Facebook setakat jam 5.10 petang tadi berjumlah 408,193 dan bukannya tak sampai 200,000 seperti yang didakwa Khairy!

Untuk bukti, klik pada pautan DI SINI.

Menambah penipuan Khairy, kemenangan pro-Aspirasi dalam pilihanraya umum kampus yang baru selesai September lalu tidak boleh disimpulkan mahasiswa sudah kembali menyokong parti reput itu berdasarkan dua faktor utama:

1) Pro-Aspirasi kalah di kampus utama berpengaruh yang menjadi tulang belakang pergerakan mahasiswa seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Mereka hanya menang di kampus tidak berpengaruh seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

2) Kemenangan mereka dibayangi penipuan, salah guna kuasa bahagian hal ehwal pelajar (HEP) yang menyelia pilihanraya kampus selain kecondongan pentadbir universiti yang terlebih Umno dari Umno.

Justeru, Khairy tidak boleh mendabik dada mengatakan bahawa Umno diterima mahasiswa kerana hujah dangkal sebegini mudah dipatahkan dengan statistik pilihanraya kampus itu sendiri.

Walaupun mensasarkan gologan cerdik pandai itu untuk bersama Umno, hakikat pahit yang perlu ditelan Khairy adalah golongan ini tidak termakan ganjaran harta benda yang ditabur, petanda mereka sudah selektif dan bijak memilih yang mana intan yang mana kaca.

Pemberian baucer buku dan pelbagai gula-gula lain tidak melalaikan mereka dari menganalisa perkembangan politik tanah air seperti Khairy sendiri yang terang-terang menyertai Umno sejak belajar di United Kingdom hingga tamat pengajian.

Nasihat saya, Khairy patut cermin diri dahulu menyelesaikan masalah yang tak pernah selesai seperti janji pilihanraya umum lalu iaitu pembinaan Hospital Rembau dalam parlimennya sendiri.

Nasib Khairy sendiri belum pasti sama ada dicalonkan semula di Rembau atau ditendang ke kerusi lain yang boleh menyebabkan nasibnya kelabu atau hitam!

JALAN PULANG

Kemenangan besar kumpulan pro-Aspirasi dalam pilihan raya kampus dan populariti presiden Umno dalam media sosial bukti jelas golongan muda sudah kembali kepada Umno, kata Ketua Pemudanya, Khairy dalam ucapan penggulungan perbahasan persidangan agung Umno ke-66.

"Kalau kita tengok Facebook, penyokong Najib Altantuya lebih 1.25 juta berbanding ketua umum mereka yang tidak sampai 200 ribu sahaja," katanya merujuk kepada Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim.

Menurutnya tawaran pendidikan percuma Pakatan Rakyat jelas ditolak mahasiswa melalui pilihan raya kampus yang dimenangi kumpulan pro-Aspirasi yang menyokong kerajaan.


"Kalau itulah tawaran mereka kepada mahasiswa, referendumnya adalah pilihan raya mahasiswa.

Beliau turut memuji keputusan kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang disifatkannya tepat sehingga membolehkan mahasiswa bergiat aktif dalam Kelab Penyokong Barisan Nasional di universiti masing-masing.

"Hari ini apabila Auku dipinda ramai lagi mahasiswa buka baju sokong Umno," tegasnya.

Beliau turut menyahut seruan Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Rosnah Rashid Shirlin agar sayap Pemuda dan Puteri bekerjasama menubuhkan akademi kepimpinan untuk golongan muda.

Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil yang menjadi penggulung terakhir di antara tiga sayap parti mencadangkan agar Barisan Nasional lebih cakna dengan golongan ibu tunggal melalui pembentukan polisi khusus untuk golongan itu.

Dia sendiri bersedia menggembleng Wanita BN untuk menghantar satu pelan menyeluruh kepada kerajaan untuk tujuan itu.
  JALAN PULANG  

No comments:

Post a Comment