Harakahdaily
| Salmah Mat Husain, | 14 Dis 2012 |
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan melahirkan rasa
dukacita di atas tindakan sekumpulan anggota parti Gerakan Negeri
Sembilan yang mendapatkan khidmat pendandan rambut wanita di Kota Bharu
sebagai usaha mencabar undang-undang Majlis Perbandaran Kota
Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).
Beliau berkata demikian ketika mengulas sekumpulan anggota Gerakan
Negeri Sembilan datang ke Kota Bharu dengan sengaja mendapatkan khidmat
di salun pemilik wanita bukan Islam dengan tujuan untuk mencabar
undang-undang MPKB yang telah berjalan sejak 21 tahun lalu.
Tindakan itu turut disiarkan oleh sebuah portal berita berbahasa
Melayu, pagi kelmarin dengan menyiarkan rasa kecewa pemimpin Gerakan itu
berikutan penguatkuasa MPKB-BRI tidak datang untuk mengambil sebarang
tindakan terhadap mereka.
Bukan itu sahaja, mereka turut berkata akan datang lagi ke Kota Bharu dengan pasukan yang lebih besar.
Menurut Fadzli, pemimpin parti dari komponen BN yang memerintah
negara Malaysia dengan sendirinya telah mengajar rakyat di negara ini
berlagak samseng.
“Bagi kita tindakan itu bukan sahaja kebudak-budakan, mencabar
undang-undang kerajaan negeri dan menunjukkan tindakan ala samseng
kepada masyarakat di negara ini,” ujarnya.
Menurutnya lagi, dengan tindakan itu rakyat di negeri ini termasuk di
luar dengan sendirinya dapat menilai tindakan yang tidak sihat itu
berlaku di negeri ini oleh masyarakat luar Kelantan.
“Siapa sebenarnya yang wajar dipilih untuk menjadi idola pemimpin mereka, golongan samseng atau sebaliknya?” soal beliau.
No comments:
Post a Comment