Sunday, January 27, 2013

AMK Selangor mohon campurtangan Sultan ambil alih Syabas

(Oleh: Aedi Asri)

SHAH ALAM 25 Jan: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor hari ini memohon Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah campur tangan  dan membantu usaha kerajaan negeri mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)

Permintaan itu disampaikan melalui memorandum yang diserahkan oleh Ketua AMK Selangor Azmizam Zamanhuri, kepada pegawai Istana Sultan Selangor, Rohisham Ahmad di pintu pagar Istana Kayangan, Shah Alam kira-kira 3.15 petang tadi.
Azmizam berkata, Kerajaan Negeri sedaya upaya mendesak kerajaan Persekutuan menstruktur semula industri air di Selangor demi kebaikan rakyat Selangor sendiri.

“Adalah menjadi harapan kami untuk melihat makluman dan penjelasan kami ini diambil perhatian serius oleh Tuanku. Kami menjunjung kasih atas perhatian dan pertimbangan yang Tuanku berikan,” katanya membacakan isi memorandum.
Turut bersama adalah ADUN Sri Muda, Suhaimi Shafiei dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad serta kira-kira 50 penyokong.

Sebelum itu, mereka mengadakan perhimpunan aman di hadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sejurus selesai solat Jumaat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?

No comments:

Post a Comment