KUALA LUMPUR 28 Jan: Laman facebook Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali digodam dipercayai serangan cybertrooper Umno BN.
Penggodam meninggalkan mesej seolah-olah mereka adalah penyokong
Pakatan Rakyat yang mahu menunjukkan terdapat kelemahan sistem
keselamatan pada laman tersebut.
Penggodam yang memperkenalkan diri sebagai SGP Cyber Army, memberi
amaran kepada kepimpinan Pakatan terhadap keselamatan laman web dan
serangan cyber pihak lawan dari BN.
Sebelum itu heboh mengenai laman facebook milik Pengarah Strategi
KEADILAN, Rafizi Ramli, digodam dan menyiarkan permohonan maaf beliau
kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi.
Dalam kenyataan lewat petang semalam, Rafizi menafikan permohonan maaf tersebut dan menjelaskan bahawa akaun beliau digodam.
Menurut Rafizi, laman facebooknya adalah yang kedua dalam tempoh dua hari digodam, selepas laman facebook Azmin.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?
No comments:
Post a Comment