Wednesday, January 23, 2013

Kajian UM: Pakatan hanya 5% di belakang BN

 
Pakatan Rakyat hanya ketinggalan lima peratus di belakang BN dalam persaingan untuk meraih undi popular dalam pilihan raya, menurut satu tinjauan yang dijalankan di semenanjung Malaysia.
Tinjauan ke atas 1,409 responden oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan BN mempunyai peluang 42 peratus untuk mengekalkan Putrajaya, manakala Pakatan mendapat 37 peratus peluang – dengan 21 peratus lagi "tidak pasti".

Ia juga menyatakan bahawa populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini pada tahap 54 peratus.

Seorang pegawai UMCEDEL Prof Mohd Redzuan Othman bagaimanapun memberi amaran, BN akan lebih terjejas sekiranya ia terus menangguhkan pilihan raya.

Katanya, golongan yang memberi jawapan "tidak pasti" itulah yang akan menentukan pihak yang akan menguasai Putrajaya.

No comments:

Post a Comment