January 23, 2013
KUALA LUMPUR, 23 Jan — Pengundi muda dalam lingkungan 21 hingga
30 tahun dan masyarakat kaum Cina antara mereka yang masih lagi belum
membuat sebarang keputusan untuk mengundi Barisan Nasional (BN) atau
Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi,
menurut kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti
Malaya(UMCEDEL).

Hasil
daripada kajian UMCEDEL mendapati pengundi muda berusia 21 hingga 30
tahun dan masyarakat kaum Cina merupakan yang tertinggi dikategorikan
sebagai “tidak pasti”. — Gambar AFP
Hasil daripada kajian
UMCEDEL tersebut mendapati dua golongan tersebut merupakan yang
tertinggi dikategorikan sebagai “tidak pasti”.
Daripada kajian tersebut, sebanyak 51 peratus pengundi muda (21-30
tahun) masih “tidak pasti” sama ada akan memilih BN atau PR, manakala
pengundi berumur 41-50 tahun pula 15 peratus, pengundi 31-40 tahun
sebanyak 13 peratus, 51-60 tahun sebanyak 9 peratus dan 61 tahun ke atas
sebanyak 12 peratus.
Menurut pengarah UMCEDEL, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman
jumlah tertinggi tersebut boleh dihubungkan dengan penemuan satu lagi di
mana pengundi muda ini rata-ratanya merupakan pengundi kali pertama
yang baru mendaftar.
“Peratusan pengundi muda adalah yang paling tinggi ‘tidak pasti’.
“Jadi, perkara ini boleh dihubungkan dengan satu lagi penemuan yakni
pengundi muda ini adalah paling tinggi terdiri daripada mereka yang
mengundi buat kali pertama pada pilihan raya tidak lama lagi,” terang
beliau.
Berdasarkan penemuan UMCEDEL, pengundi muda “tidak pasti” terdiri daripada 48 peratus yang merupakan pengundi kali pertama.
Dalam kajian tersebut juga, UMCEDEL mendapati kaum tertinggi yang
masih “tidak pasti” dalam membuat keputusan di peti undi terdiri
daripada masyarakat Cina dengan 53 peratus, manakala kaum Melayu
sebanyak 37 peratus dan India sebanyak 10 peratus.
Menurut Mohammad Redzuan, pengundi kaum Cina paling sukar untuk
menentukan sama ada mereka menyokong atau tidak dan terlalu berahsia. TMI
No comments:
Post a Comment