Harakahdaily
| Wan Nordin Wan Yaacob, | 08 Jan 2013 |
Menurut Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar, cadangan itu adalah satu
kebaikan kepada rakyat memandangkan pelaksanaan AES oleh kerajaan Umno
BN dibuat secara tergesa-gesa.
Sambil merayu rakyat agar terus mematuhi undang-undang meskipun AES
suatu hari nanti ditangguh sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, Mahfuz
juga menegaskan satu kajian akan dilakukan terhadap pelaksanaan AES .
"Kajian termasuklah dalam isu perjanjian dengan dua syarikat yang mendapat kontrak AES ini," katanya lagi.
Kata beliau lagi, Kase memandang serius isu AES membabitkan rakyat kerana sehingga kini lebih 400,000 saman telah dikeluarkan.
Pada sidang media di Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Petaling Jaya
hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan
cadangan Pakatan Rakyat untuk membatalkan semua saman AES sejak sistem
itu bermula.
Kata Anwar lagi, jika menerajui negara selepas PRU13, Pakatan Rakyat
akan mengumumkan penangguhan AES untuk menjalankan kajian terhadap
pelaksanaan sistem tersebut.
No comments:
Post a Comment