
Penganjur
Himpunan Kebangkitan Rakyat yang mengadakan pertemuan dengan Ketua
Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini gembira dengan jaminan polis
untuk berperanan sebagai pemudahcara dalam pada perhimpunan pada 12
Januari di ibu negara.
Setiausaha
Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata Ismail dalam mesyuarat
berkenaan turut menyatakan kesediaan untuk menjadikan perhimpunan pada
hari tersebut sebagai "detik bersejarah" selepas "belajar daripada
kekurangan" yang berlaku semasa perhimpunan sebelum ini.
"Tan Sri Ketua Polis Negara sebut peranan polis sebagai fasilitator. Hubungan polis dan wartawan pada perhimpunan itu, mereka akan menyediakan marsyal untuk memandu petugas media berdasarkan (peruntukan) seksyen Akta Perhimpunan Aman.
"Adalah menjadi tanggungjawab semua supaya tertib dan kami ingatkan mereka yang hadir datang dalam suasana mood festival, bagi membantu menjamin kelangsungan perhimpunan," katanya.
"IGP mahu menjadi (perhimpunan ini) sebagai saat bersejarah, iaitu belajar daripada kekurangan yang terdahulu. Mereka berhasrat untuk memberi khidmat yang terbaik, untuk memastikan semua hak mengikut undang-undang dan perlu dihormati," kata Saifuddin.
Mengulas
lanjut, Saifuddin juga berkata Ismail turut memberi jaminan bahawa
tiada anggota yang terkecuali daripada mengenakan pakaian seragam
lengkap dengan tanda nama dan nombor badan polis.
"Beliau berdiri dan tunjuk uniform lengkap yang dipakainya berserta dengan tanda nama," kata Saifuddin.
MP parlimen Machang itu berkata perkara tersebut dibangkitkan oleh seorang anggota jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin yang tidak mahu insiden semasa perhimpunan BERSIH 3.0 berulang.
Saifuddin berkata demikian selepas delegasi penganjur himpunan seramai 11 orang yang diketuai Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, bertemu dengan Ismail di Bukit Aman pada kira-kira jam 2.30 petang ini.
Sementara itu, Mohamad pula ketika ditemui pemberita berkata pertemuan dengan Ismail berjalan dengan baik dan mereka saling bertukar pandangan dan cadangan.
Polis turut memohon kerjasama penganjur dan orang ramai memastikan perhimpunan itu berlangsung dengan aman dan damai, katanya.
"Mereka juga berazam untuk menjadikan perhimpunan ini sebagai satu rekod iaitu perhimpunan paling aman sebelum pilihan raya berlangsung.
"IGP mahu perhimpunan itu (menjadi) satu sejarah apabila polis mahu menggunakan Akta Perhimpunan Aman," katanya mengulas pertemuan selama kira-kira sejam itu.
Setiausaha
Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata Ismail dalam mesyuarat
berkenaan turut menyatakan kesediaan untuk menjadikan perhimpunan pada
hari tersebut sebagai "detik bersejarah" selepas "belajar daripada
kekurangan" yang berlaku semasa perhimpunan sebelum ini."Tan Sri Ketua Polis Negara sebut peranan polis sebagai fasilitator. Hubungan polis dan wartawan pada perhimpunan itu, mereka akan menyediakan marsyal untuk memandu petugas media berdasarkan (peruntukan) seksyen Akta Perhimpunan Aman.
"Adalah menjadi tanggungjawab semua supaya tertib dan kami ingatkan mereka yang hadir datang dalam suasana mood festival, bagi membantu menjamin kelangsungan perhimpunan," katanya.
"IGP mahu menjadi (perhimpunan ini) sebagai saat bersejarah, iaitu belajar daripada kekurangan yang terdahulu. Mereka berhasrat untuk memberi khidmat yang terbaik, untuk memastikan semua hak mengikut undang-undang dan perlu dihormati," kata Saifuddin.
Mengulas
lanjut, Saifuddin juga berkata Ismail turut memberi jaminan bahawa
tiada anggota yang terkecuali daripada mengenakan pakaian seragam
lengkap dengan tanda nama dan nombor badan polis."Beliau berdiri dan tunjuk uniform lengkap yang dipakainya berserta dengan tanda nama," kata Saifuddin.
MP parlimen Machang itu berkata perkara tersebut dibangkitkan oleh seorang anggota jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin yang tidak mahu insiden semasa perhimpunan BERSIH 3.0 berulang.
Saifuddin berkata demikian selepas delegasi penganjur himpunan seramai 11 orang yang diketuai Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, bertemu dengan Ismail di Bukit Aman pada kira-kira jam 2.30 petang ini.
Sementara itu, Mohamad pula ketika ditemui pemberita berkata pertemuan dengan Ismail berjalan dengan baik dan mereka saling bertukar pandangan dan cadangan.
Polis turut memohon kerjasama penganjur dan orang ramai memastikan perhimpunan itu berlangsung dengan aman dan damai, katanya.
"Mereka juga berazam untuk menjadikan perhimpunan ini sebagai satu rekod iaitu perhimpunan paling aman sebelum pilihan raya berlangsung.
"IGP mahu perhimpunan itu (menjadi) satu sejarah apabila polis mahu menggunakan Akta Perhimpunan Aman," katanya mengulas pertemuan selama kira-kira sejam itu.
No comments:
Post a Comment