31 Januari 2013
KUALA LUMPUR - Gara-gara kemaruk bersuami, seorang warga Hong Kong
kerugian hampir RM200,000 selepas terjerat dalam cinta internet yang
didalangi sindiket berpangkalan di sebuah pangsapuri di Batu Berendam,
Melaka.
Mangsa, 37, jalin hubungan cinta dengan seorang lelaki yang dikenali di sebuah laman sosial, awal Januari tahun lalu.
Selepas enam bulan perkenalan, mangsa memasukkan wang sebanyak enam kali ke dalam akaun bank milik warga tempatan.
Alasan yang diberikan adalah untuk persiapan perkahwinan dan teman lelakinya itu berjanji untuk datang bertemunya di Hong Kong.
Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu selepas teman lelakinya itu tidak muncul seperti yang dijanjikan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, wanita itu menghubungi polis dan datang ke sini kelmarin bagi menyalurkan maklumat.
Katanya, polis kemudiannya serbu pangsapuri dan berkas tujuh lelaki warga Nigeria dan dua wanita warga Filipina, jam 12.25 tengah malam, semalam.
“Mangsa terpedaya dengan ayat serta janji-janji manis suspek. Ia menjadi punca mangsa memasukkan wang berjumlah RM192,621.61 ke dalam akaun sindiket.
“Suspek pula menggunakan gambar individu lain yang kelihatan kacak untuk menarik minat mangsa,” katanya pada sidang media di Bukit Perdana, semalam.
Syed Ismail berkata, dalam serbuan itu, polis merampas komputer riba, telefon bimbit, kad bank, pasport dan pelbagai dokumen lain.
Katanya, siasatan mendapati tujuh lelaki tersebut merupakan pelajar di kolej ibu negara dan Melaka.

No comments:
Post a Comment