Bekas
Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu bertekad untuk mengembalikan
kawasan Parlimen Sungai Siput, Perak ke tangan Barisan Nasional (BN)
pada pilihan raya umum ke-13.
Bagaimanapun, duta khas ke India dan Asia Selatan Bagi Infrastruktur itu berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti berhubung pemilihan calon untuk bertanding di kawasan itu.
Samy dilantik sebagai penyelaras jentera pilihan raya BN di Sungai Siput pada November lepas.
"Saya dilantik oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk mengetuai BN di Sungai Siput. Tugas saya untuk jadikan Parlimen Sungai Siput kawasan BN. Itu saja.
"Tugas yang diberi saya mahu selesaikan. Saya tidak bincang mengenai siapa akan jadi calon atau lain-lain," katanya kepada Bernama selepas rakaman program Hello Malaysia edisi Tamil terbitan Bernama TV semalam.
.
Samy Vellu berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau berminat bertanding semula di kawasan yang pernah disandangnya selama lapan penggal itu.
Dalam pilihan raya umum 2008 Samy Vellu kalah kepada Michael Jeyakumar Devaraj yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat.

samy vellu nie dalam mic pun orang india dah tak mahu.
ReplyDeletenak bertanding lagi di sg siput?
elok juga beri dia peluang sekali lagi untuk kalah.
hi hi hi............
terjumpa satu blog baru pr yg best :http://astanakandis.blogspot.com/
kalau dapat di linkkan sangat di hargai, supaya mudah saya kesana dan kemari.