Menteri
Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan keputusan
membatalkan projek kondominium kontroversi Dolomite Park Avenue di Batu
Caves.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas mendengar penjelasan
jabatan perancang bandar dan desa mengenai status pembinaan struktur dan
bangunan berkenaan pada hari Selasa lalu.
"Selepas mendengar penjelasan itu, saya membuat keputusan supaya Majlis Perbandaran Selayang membatalkan kebenaran merancang yang telah diberikan kepada Dolomite Properties Sdn Bhd untuk pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue setinggi 26 tingkat.
"Keputusan ini dibuat demi menjaga keselamatan orang ramai dan memelihara alam sekitar.
"Saya amat berharap keputusan ini diterima positif oleh semua pihak kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai.

"Kerajaan
Selangor tidak berkompromi dengan mana-mana projek pembangunan yang
boleh mengancam keselamatan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari
ini.
No comments:
Post a Comment