January 24, 2013 . TMI

Ibu mendiang C. Sugumaran menangis di luar mortuari. — Gambar oleh Choo Choo May
SERDANG,
24 Jan - Seorang pengawal keselamatan dalam keadaan bergari yang
dikejar oleh empat anggota polis telah dibelasah hingga mati
bersama-sama sekumpulan 20 orang samseng di Hulu Langat semalam, dakwa
seorang saksi hari ini.
Walaubagaimanapun punca anggota polis cuba menahan mangsa berusia 40 tahun C Sugumaran masih belum diketahui.
Beliau didapati dalam keadaan berbogel dan bergari, menurut saksi.
Mayatnya pada ketika ini berada di Hospital Serdang dimana keluarga mangsa tidak dibenarkan untuk menjenguk.
Menurut saksi yang hadir di hospital hari ini, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.30 petang semalam.
Sugumaran dilihat melarikan diri daripada empat anggota polis di
dalam dua buah kereta peronda di jalan utama yang berjarak lima minit
dari rumahnya.
Keadaan trafik ketika itu sesak menyebabkan anggota terbabit
memberhentikan kenderaan mereka dan mengejar Sugumaran dengan berlari.
Selepas menangkap dan mengari Sugumaran, hampir 20 orang daripada
restoran berhampiran menyertai anggota polis tersebut dan meneruskan
serangan keatas mangsa.
"Polis memijak leher Sugumaran," kata R Moohanarajan kepada The Malaysian Insider di Hospital Serdang hari ini.
"20 ke 30 orang ramai memakai baju biasa membelasah mangsa. Dia
terbaring dengan tangannya bergari di belakang," tambah Moohanarajan
yang merupakan jiran Sugumar.
Saksi ditempat kejadian itu berkata insiden tersebut berlaku hampir
10 minit antara 6.30 petang semalam berhampiran tanah perkuburan Taman
Perkasa di Batu 12, Hulu Langat.
Hampir 20 orang terdiri daripada keluarga Sugumaran, saudara dan
jiran berkumpul di hospital sejak 9 pagi dan meminta untuk melihat mayat
mangsa.
Emak mangsa, K. Manimagalay hanya dibenarkan untuk melihat mayat anaknya enam jam kemudiaan pada 3.10 petang.
Beliau teresak-esak menangis selepas keluar dari bilik mayat dan terpaksa ditenangkan oleh adik lelakinya.
Pertengkaran berlaku apabila Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam
menjerit: "Gari masih dibadang. Celaka! Dah mati tapi masih gari."
Orang ramai mula menjerit marah dengan lima anggota polis cuba mengawal keadaan diluar. Selengkapnya
No comments:
Post a Comment