Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed
berkata kesediaan pelabur China untuk melabur di taman industri yang
terletak hampir dengan loji Lynas di Gebeng, Kuantan menunjukkan bahawa
kilang pemprosesan nadir bumi itu "selamat dan bukan satu isu".
Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Mustapa berkata pelabur maklum mengenai kedudukan Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) itu.
Namun, tiada seorang pun daripada mereka yang membangkitkan kebimbangan mengenai loji Lynas itu kepadanya, ataupun kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), katanya.
Mustapa berkata beliau yakin bahawa isu yang menyelubungi Lynas tidak akan menjejaskan projek bernilai RM1.5 bilion yang dicadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sementara itu, Bernama melaporkan kerajaan China sendiri menunjukkan minat dengan MCKIP berikutan lokasi taman itu yang strategik, iaitu kira-kira 1,104 batu nautika ke Taman Perindustrian Qinzhou, China, dengan anggaran tiga hingga empat hari tempoh penghantaran dari MCKIP.
Laporan itu menyebut, MCKIP merupakan taman perindustrian pertama di Malaysia yang dibangunkan bersama-sama oleh Malaysia dan China dengan anggaran kos pembangunan kasar RM1.5 bilion.
Projek yang dijangka mewujudkan 5,500 peluang pekerjaan dengan nilai pelaburan RM7.5 bilion menjelang 2020 itu akan dirasmikan perdana menteri pada 5 Feb, 2013 menurut laporan itu lagi.

No comments:
Post a Comment