myMetro 30 Jan 2013
Sungai Besar: “Saya ingatkan dia sudah mati kerana matanya tertutup,
tetapi sebaik menyentuh pipinya saya tahu dia masih bernyawa kerana
matanya tiba-tiba terbuka dan dia mengeliat,” kata Hairudin Hassan, 51,
yang menemui beg berisi bayi lelaki di depan kedai kopinya.
Kejadian berlaku jam 7 pagi semalam sejurus lelaki itu hendak
memulakan perniagaan di Kampung Tali Air 7, Sungai Leman, Sekinchan, di
sini.
Hairudin berkata, sejurus hendak membuka warung, dia ternampak beg
pakaian atas lantai di ruang terbuka kedai dan ketika mendekati beg itu
dia terkejut mendapati ada sekujur tubuh bayi di dalamnya.
“Saya nampak bayi dibalut kain batik dengan mata tertutup dan beg yang ditinggalkan itu tidak dizip lalu menyentuh bayi itu untuk memastikan sama ada dia masih bernyawa...syukurlah dia terjaga dan mengeliat,” katanya.

Berikutan penemuan itu, dia segera menghubungi polis yang tiba sejurus menerima maklumat untuk menjalankan pemeriksaan.
No comments:
Post a Comment