Thursday, January 3, 2013

Mindef enggan komen projek Puspahanas oleh syarikat Raja Ropiaah

January 03, 2013
KUALA LUMPUR, 3 Jan — Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata tidak memiliki maklumat mengenai projek pembangunan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) yang diberikan kepada Awan Megah (M) Sdn Bhd dan enggan memberikan komen mengenai isu kontroversi tersebut.

Awan Megah telah diberikan kontrak untuk membina Puspahanas pada 2005 sebagai pertukaran tiga bidang tanah di Bukit Raja dan RM27 juta.
Syarikat tersebut telah menjual tanah tersebut minggu lepas kepada sebuah unit pelaburan dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berjumlah RM130 juta.

“Itu saya tidak ada maklumat, tidak adil lah jika saya buat komen,” kata Abdul Latif.
“Saya rasa lebih baik tidak memberikan sebarang komen jika saya tidak mempunyai sebarang fakta mengenai isu tersebut.”

Tiada mana-mana pegawai rasmi daripada Kementerian Pertahanan (Mindef) tampil menjelaskan tentang projek tersebut selepas usahawan karpet Deepak Jaikishan (gambar) menyaman Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah pada tahun lepas.

Namun, tidak lama selepas itu Deepak menggugurkan saman tersebut dan syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd telahpun dibeli oleh Boustead Holdings Bhd yang merupakan unit pelaburan LTAT.

Usahawan kontroversi tersebut mendakwa Raja Ropiaah telah memperoleh untuk berlipat ganda menerusi pembelian saham tersebut manakala beliau hanya memperoleh pulangan modal yang dilaburkannya.

“Saya rasa ia tidak adil, itu tanah saya, saya yang bayar, saya dapat jumlah yang sedikit, tetapi beliau (Ropiah) menerima habuan yang besar,” katanya menyuarakan kekecewaannya dalam sidang media semalam.

“Beliau menerima nilai yang besar, sedangkan saya hanya mendapat modal saya.”
LTAT melalui unit pelaburannya Bousted baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk memiliki 200 ekar tanah daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd milik Raja Ropiaah.
Deepak sebelum ini memfailkan saman terhadap Awan Megah terhadap pelanggaran perjanjian jual beli ke atas tanah 200 ekar tersebut, dan menamakan firma tersebut, Kementerian Pertahanan, unit hartanah kerajaan Syarikat Tanah Dan Harta Sdn Bhd dan Cebur Megah Development Sdn Bhd dalam samannya.

Astacanggih bersetuju untuk membeli tiga bahagian tanah itu pada 2007 untuk RM13 juta dan RM72 juta jaminan bank untuk bon tanah daripada Raja Ropiah, yang diberikan RM100 juta perjanjian penswastaan untuk membangunkan Puspahanas.

Tanah itu sepatutnya diletakkan di bawah syarikat bertujuan khas Cebur Megah kerana kerajaan tidak membenarkan tanah yang diswastakan dijual kepada pemenang. Tanah masih lagi dalam tangan kerajaan kerana projek itu akan dilaksanakan.

Ketua Wanita Umno Selangor itu didakwa menjual sebidang tanah pada RM2 juta tunai dan RM16 juta fasiliti overdraf dalam “kerjasama” dengan Guppyunip Sdn Bhd, syarikat yang mengkhusus kepada barangan plastik. TMI

No comments:

Post a Comment