sinarharian
3 Januari 2013
KUALA LUMPUR - Enam kereta tertimbus dalam kejadian tanah runtuh
berhampiran Balai Polis Putra Height, Subang Jaya, dekat sini hari ini.3 Januari 2013
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kejadian itu dilapor berlaku pada pukul 6.12 petang.
"Sehingga kini maklumat yang diterima hanya melibatkan kenderaan yang tertimbus dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sehingga kini kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh tujuh anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang. - Bernama
No comments:
Post a Comment