Thursday, January 3, 2013

Nizar nafi hasrat kritik Sultan Johor

sinarharian
2 Januari 2013
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak pernah mentweet bahawa Sultan Johor menyalahguna dana awam ketika membida

pendaftaran plat WWW1 seperti dilaporkan oleh TV3 dalam slot Buletin Utama pada 30 Mei, tahun lepas.
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Liew Teck Huat yang mewakili defendan, Sistem Televisyen Malaysia Berhad, Mohammad Nizar berkata beliau telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar dengan tujuan memperjelaskan tweetnya itu, setelah Tengku Mahkota Johor memberi respons melalui media bahawa tiada wang atau peruntukan awam daripada kerajaan kepada kerabat diraja yang digunakan dalam untuk bidaan itu.

"Saya hanya menyatakan pandangan sendiri mengenai perkara itu, sebagai orang biasa dan seorang ahli politik. Tidak pernah niat saya mengkritik Sultan. Walaupun individu lain membayar RM520,000 dalam mendapatkan nombor plat itu, pandangan saya akan tetap sama," katanya yang juga bekas Menteri Besar Perak.

Nizar memberi keterangan dalam saman fitnah RM50 juta terhadap stesen televisyen swasta itu berhubung tweetnya mengenai pendaftaran plat WWW1 yang diberi kepada Sultan Johor.
Bagaimanapun beliau bersetuju dengan hujahan Teck Huat bahawa tweetnya itu sebagai jawapan kepada laporan media bahawa Sultan Johor telah berjaya membida nombor plat itu dan orang awam mengetahui siapa pemenangnya.

Nizar, 55, juga mengakui bahawa beliau tidak tahu bahawa wang RM520,000 itu ialah wang Sultan sendiri dan tidak ada kena mengena dengan orang awam atau elaun yang diterima daripada kerajaan.
Malah, katanya beliau malah menulis surat kepada Sultan memohon maaf mengenai perkara itu sekiranya tindakannya (kenyataan) telah menimbulkan rasa benci atau kurang senang hati dalam kalangan keluarga diraja atau rakyat negeri Johor.

No comments:

Post a Comment