Friday, January 4, 2013

‘Tetamu’ kebas RM700,000

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my
 
PETALING JAYA: Empat lelaki bertopeng yang lengkap bersenjatakan parang nekad menceroboh masuk sebuah banglo di sini, ketika penghuninya asyik menikmati sarapan sebelum melarikan pelbagai barangan berharga dan wang tunai berjumlah hampir RM700,000.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin dan ketika itu pemilik banglo itu yang berusia 60-an sedang bersarapan bersama isteri, anak dan seorang cucunya.

Menurut sumber, keluarga itu turut dikurung dalam bilik air dan diberi amaran mendiamkan diri sebelum penjenayah terbabit melarikan barangan kemas RM650,000, batu permata bernilai RM20,000, serta wang tunai termasuk mata wang asing dan telefon bimbit.

“Kumpulan lelaki terbabit dipercayai memanjat pagar pintu masuk utama sebelum menyerbu masuk ke dalam banglo. Ketika kejadian, menantu pasangan itu baru saja menghantar anak perempuannya,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan penjenayah itu tidak mencederakan mangsa sebaliknya hanya menyoal di mana mereka menyimpan wang dan barangan berharga.

No comments:

Post a Comment