Sunday, January 27, 2013

Wanita Menjual Anaknya Untuk Bayar Denda

   27 Januari 2013

TRIBUNNEWS.COM,INDIA--Seorang ibu di India ditangkap kerana dipercayai  telah menjual puterinya yang berusia 11 tahun agar boleh membayar denda adat.







Wanita itu diperkirakan menjual puterinya seharga 650.000 rupee   demi menyelesaikan masalah denda yang dikenakan terhadapnya oleh dewan desa di tempat tinggalnya di negara bahagian Rajasthan di India barat laut. Polis  juga menangkap pasangan suami-isteri yang dituduh telah membeli gadis muda itu.

Ibu   itu mengatakan kepada polis bahawa dia menjual anaknya demi membayar denda sebesar 450.000 rupee  yang dikenakan dewan desa sebagai hukuman kerana dia telah melanggar tradisi lokal.

Polis  di Rajasthan kepada BBC News yang dilansir serambinews.com, Jumaat (25/1/2013), mengatakan, penjualan itu, yang berlangsung sekitar sebulan lalu, terungkap ketika anak perempuan itu mencuba untuk melarikan diri dari pasangan yang dipercayai telah membelinya dari ibunya. Pasangan tersebut mengejar anak itu. Namun, anak itu berhasil masuk ke sebuah restoran. Para pengunjung restoran kemudian memberitahu polis .

Anak itu mengatakan kepada para petugas bahawa dia dipukuli pasangan itu. Dia juga melaporkan bahawa pasangan tersebut telah berencana untuk menjualnya kepada seseorang di Mumbai.

Rakesh Verma, ketua unit anti-perdagangan manusia di Distrik Tonk, Rajasthan, mengatakan, "Kami telah menangkap ibu gadis muda itu dan kedua pembelinya, Tarachand Jat dan Santra Devi. Gadis selamat   sekarang," tambah Verma. Tribunnews.com

Editor: Rachmat Hidayat  |  Sumber: Serambi Indonesia
diedit oleh idahsalam

No comments:

Post a Comment